BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalammualaikum ustaz. saya nak bertanya. apakah hukum pendapatan gaji saya bekerja di dalam company yg menjalankan kerja tak menepati kehendak pelanggan. contoh nya company diberi tanggungjawab melakukan kerja baik pulih keretapi. ada terma dan syarat perlu mengikut garis dan panduan. ada yang company buat ada yang company amik remeh. barang yang perlu ditukar baru diberi alasan membaiki saja atas sebab cut kos. contohnye barang elektronik lampu dan sebagainya. saya hanya menurut arahan kerja. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dimulakan dengan memetik ayat al Quran daripada surah al Nisa:58

 إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلْأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحْكُمُوا۟ بِٱلْعَدْلِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعًۢا بَصِيرًۭا 

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).

Begitu juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasullullah SAW bersabda:

لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ

Maksudnya: Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah. (Riwayat Ahmad)

Berdasarkan ayat al Quran dan Hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Perintah di sini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Amanah adalah cabang keimanan, Seseorang yang beriman mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula orang tidak amanah itu menandakan kekurangan imannya.

Sebagaimana riwayat Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad SAW:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati(Riwayat Abu Daud)

Secara umumnya, perbuatan yang dilakukan majikan adalah berdosa kerana menipu atas perkhidmatan yang sepatutnya dilakukan. Namun tuan hanyalah seorang pekerja dan pekerjaan tuan adalah sebagaimana yang diarahkan oleh majikan. Carilah jalan untuk menasihati majikan semampunya tanpa memudharatkan diri dan pekerjaan anda dalam syarikat tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 4

message user image