Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan nya adakah benar perubatan islam menggunakan ketukan keatas pesakit menggunakan kayu nona?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan. Tidak dapat dinafikan, memang wujud penggunaan alatan tertentu sebagai salah satu kaedah alternatif dalam rawatan Islam. Salah satunya adalah penggunaan kayu nona. Menggunakan kayu nona adalah diharuskan dengan syarat masih beriktikad bahawa yang menyembuhkan segala penyakit hanya Allah SWT. Penggunaan kayu nona hanyalah sebagai alat melalui tajribah (testimoni) keberkesanan kayu nona tersebut secara adat. Juga disyaratkan tidak mendatangkan mudarat kepada yang dirawat.
Sekian, terima kasih.