BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Syarikat ada menyediakan insentif/benefit untuk setiap staff diatas setiap pembelian barangan kesihatan, kacamata, dan pergigian. Soalan saya, apakah hukum saya 'claim' pembelian tersebut dibawah nama saya (resit dibawah nama saya)  dan barangan tersebut saya berikan kepada orang lain?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan yang dikemukan, berdasarkan sebuah Hadis  riwayat Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad SAW:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Orang-orang Islam terikat kepada syarat-syarat mereka (yang telah disepakati) (Riwayat Abu Daud)

Secara umumnya, manfaat tersebut adalah kelebihan bagi seseorang pegawai yang bekerja dan sangat tidak wajar ia digunakan oleh orang lain melainkan terdapatnya klausa bertulis atau verbal kebenaran oleh pihak majikan. Sekiranya tiada kebenaran sememangnya apa yang tuan lakukan adalah berdosa kerana menyalahgunakan kedudukan serta kelebihan yang dimiliki. Sudah pasti tindakan sedemikian menyebabkan kerugian kepada majikan yang menanggung kos tersebut. Sekiranya kelebihan itu tiada keperluan untuk digunakan oleh tuan, maka ia tidak boleh digunakan orang lain sewenang-wenangnya melainkan dengan izin majikan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 4

message user image