BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..ustaz

Pertanyaaan berkenan pinggan yg dilabel fine porceline

Adakah ia halal digunakan

Terima kasih

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara asas dan umumnya, porselin diperbuat daripada tanah liat atau bahan asas lain yang dibentuk dan dibakar pada suhu tinggi yang secara saintifiknya ia sudah membasmi kotoran atau najis jika ada. 

Maka bahan-bahan tersebut secara asasnya adalah suci dan bersih serta tidak ada perkara yang menyalahi hukum syarak dalam penggunaannya melainkan alat perkakas tersebut sudah dilabel dan ternyata yakin terdapat bahan yang jelas haram atau mengandungi najis.

Namun, sekiranya was-was, adalah lebih baik untuk mengambil langkah berhati-hati dengan meninggalkan pilihan tersebut di samping terdapat alternatif yang lain. Ini berdasarkan kaedah:

الأخذ بالاحتياط

Maksudnya: Sebagai mengambil langkah berhati-hati.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 5

message user image