BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya ada persoalan,kenalan perempuan saya,mak dan ayahnya bernikah secara sah tetapi tiada sijil di sebabkan oleh di tipu oleh seseorang,mereka nikah secara normal dan mengikut syarak,ada saksi,ada wali,ada ijab dan qabul dan segalanya,tetapi sijil nikah itu sahaja yang tiada,jadi saya dan kenalan perempuan saya itu ingin berkahwin,jadi boleh kah kami untuk berkahwin?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, setiap warganegara Muslim yang bernikah perlu diberikan Sijil Nikah yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah di mana mereka bermastautin mengikut prosedur yang ditetapkan dan pernikahan itu dijalankan oleh mereka yang diberi tauliah oleh pihak berkuasa agama. Sijil Nikah adalah dokumen penting sebagai bukti yang menunjukkan status pasangan suami isteri itu telah bernikah secara sah menurut Hukum Syarak dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri masing-masing. Jika perkahwinan itu diakadnikahkan tanpa melalui prosedur dan tiada dokumen pernikahan, dikhuatiri boleh berlaku penipuan, penyelewengan atau sindiket pernikahan.  

Ibu bapa kepada kenalan saudara boleh kemukakan perkara ini ke pihak Pejabat Agama Islam Daerah dimana mereka tinggal berkenaan dokumen pernikahan mereka. Jika pernikahan mereka sah, pasti rekod dan dokumen pernikahan ada dalam simpanan Pejabat Agama di sana. 

Justeru, saudara boleh berkahwin dengan kenalan tersebut dengan membuat Permohonan Kebenaran Berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah dimana saudara bermastautin.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 11

message user image