Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Saya ingin bertanya apa hukum menjual baju yang mempunyai lambang salib secara online kepada orang bukan Islam? Adakah ia dibenarkan?
Sekian, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum menjual, mengguna atau memakai barangan atau logo yang mempunyai lambang kepercayaan agama lain seperti agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan sebagainya adalah haram. Oleh itu, Mana-mana orang adalah dilarang sama sekali daripada menjual, menggunakan, memakai, mengedarkan, menggantungkan, menjadikan perhiasan atau sebagai cenderahati, apa-apa barangan atau logo yang mempunyai lambang kepercayaan agama lain.
Menjual barangan seperti ini adalah termasuk dalam perbuatan subahat dan orang Islam adalah dilarang daripada terlibat dalam perkara seperti ini.
Kaedah fiqh ada menyatakan
Maksudnya: Segala perantaraan kepada sesuatu yang haram itu juga menjadi haram.
Sekian, terima kasih.