BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Soalan saya ialah sekarang masyarakat memboikot kedai minuman  'Starbuck' atas kerana isu palestin..Saya baru-baru ini mendapat kerja-kerja melakukan pembaikan dan penyelenggaraan di outlet Starbuck..apakah hukum dan pendapatan yang saya dapat dikira sebagai haram ,syubhah atau bagaimana? dan adakah saya dikategorikan sebagai membantu Starbuck dan ketidakbersamaan saya menyokong palestin.Mohon bantuan jabatan mufti untuk saya membuat keputusan meneruskan kerja atau meninggalkan kerja tersebut.Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, kerja-kerja pembaikan yang dijalankan di outlet-outlet Starbuck adalah diharuskan. Ini  kerana pihak Starbuck yang membeli perkhidmatan tuan bukannya tuan sewenang-wenangnya membeli perkhidmatan Starbuck. Oleh yang demikian, pendapatan yang diperolehi dari urusniaga tersebut adalah harus. Adapun boikot produk yang mempunyai hubungan langsung dengan Israel ini adalah berbentuk solidariti atas kezaliman yang dilakukan oleh Israel dan hukumnya bukanlah wajib. Sekiranya meninggalkan kerja-kerja tersebut dibimbangi boleh menjejaskan pendapatan maka lakukanlah kerja tersebut. Namun sekiranya dengan meninggalkan kerja-kerja itu tidak menjejaskan pendapatan maka pilihlah untuk bersolidariti bersama Palestin. Menunjukkan sokongan kepada Palestin ada banyak cara pilihlah mana-mana cara yang mampu untuk dilaksanakan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 5

message user image