BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya mempunyai jiran yang membela anjing. Pada suatu hari, dia menjemur tempat tidur anjing(seperti tilam) di pagar yang menghubungkan rumah saya dan dia. Air basuhan tersebut menitik masuk ke garaj rumah saya. Perlukah saya sertu kawasan yang terkena air basuhan tersebut? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya diketahui dengan yakin terdapat najis mugallazah pada tilam tersebut, maka air titisan dari tilam anjing yang dibasuh dianggap najis selagi tilam itu tidak disucikan dengan cara yang disyariatkan, iaitu dibasuh tujuh kali, salah satunya air yang bercampur dengan tanah. Oleh itu, air yang menitik dari tilam anjing yang dibasuh terkena pada garaj atau lantai garaj rumah puan, maka garaj atau lantai garaj itu perlu disertu (dibasuh tujuh kali, salah satunya dengan tanah) untuk memastikan ia suci mengikut hukum syarak. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 5

message user image