Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
saya ingin bertanya, apa hukum membantu makcik pakcik saya untuk lipatkan replika kotak2 kertas (biskut, kopi) yang digunakan untuk dibakar semasa sembahyang cina. Makcik dan pakcik saya mengambil upah untuk melipat replika ini di rumah sebagai sumber pendapatan memandangkan mereka warga tua yang tiada sumber pendapatan lain.
mohon jasa baik ustaz/ustazah untuk membantu.
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, di dalam Islam, apa-apa pekerjaan yang terlibat secara langsung bagi upacara keagamaan lain adalah tidak dilarang termasuklah seperti menerima upah daripada membantu melipat replika yang digunakan untuk dibakar semasa upacara sembahyang cina.
Bagi situasi warga emas yang tidak mempunyai sumber pendapatan lain, Islam membenarkan fleksibiliti dalam keadaan terhad, akan tetapi disarankan juga usaha untuk mencari alternatif pekerjaan yang lebih terjamin halal. Menjadi tanggungjawab waris yang ada untuk membantu menanggung keperluan hidup mak cik dan pakcik tersebut. Jika perlu, boleh merujuk kepada Lembaga Zakat Selangor untuk mendapatkan bantuan di bawah bantuan asnaf fakir dan miskin.
Sekian, terima kasih.