Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Contoh abu terlupa niat jamak ketika musafir..
sampai sahaja destinasi dia solat zohor seperti biasa,siap solat zohor kemudian dah habis waktu...
masuk pulak waktu asar dia pun solat asar mcm biasa…
tetapi selepas habis wktu zohor tdi dia baru teringat tak niat jamak…
Tiba2.. (masih musafir)
Masuk waktu magrib dia niat jamak takhir..
Isya-maghrib..
..persoalannya,
Sah ke solat jamak isya-maghrib tadi,,sedangkan awal perjalanan musafir waktu zohor asar tidak berniat jamak..
Jawapan
Syarat-syarat keharusan jamak dan qasar, antaranya:
1. Bermusafir
2. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
3. Perjalanan tidak kurang dua marhalah bagi perjalanan sehala (81 kilometer berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2021 pada 9 Mac 2021).
4. Solat yang harus dijamakkan adalah solat Zohor dan Asar, solat Maghrib dan Isyak.
5. Solat yang harus diqasarkan adalah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.
6. Niat menetap di sesuatu tempat tersebut hendaklah dalam tempoh 3 hari atau kurang tidak termasuk hari sampai dan hari pulang.
Oleh itu, jika merujuk persoalan saudara, boleh untuk melakukan solat secara jamak kerana cukup syarat keharusan solat jamak. .
Sekian, terima kasih.