Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamulaikum, saya nak tanya . minggu lepas saya bergaduh dengan suami .disebabkan dia menipu dan tidak jujur ..
dalam keadaan marah saya mencabar suami seandai nya dia betul2 tidak akan melakukan lagi saya suruh suami melafazkan cerai .bermunyi begini "
"klau i menipu and tidak jujur jatuh talak !"
adakah seandai nya suami menipu lagi akan jatuh talak ?
sekian terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, lafaz suami "klau i menipu and tidak jujur jatuh talak !", adalah lafaz taklik yang soreh. Justeru sekiranya suami puan menipu dan tidak jujur lagi, maka jatuhlah talak ke atas puan sebagaimana permintaan (cabaran) puan terhadap suami agar melafazkan taklik tersebut.
Walau bagaimanapun, pengesahan lafaz cerai hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan. Pihak pua juga boleh mendapatkan nasihat di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih