BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.Soalan saya ialah apakah hukumnya kalau kita menyebabkan sesuatu tempat itu bernajis (seperti meja dan sebagainya) lalu ada orang lain meletakkan Al-Quran di atas meja tersebut.Apakah hukumnya ustaz? Adakah saya berdosa atas hal itu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, keadaan bergantung kepada sebab dan tahap najis tersebut. 

Sekiranya anda tidak sengaja menyebabkan tempat itu bernajis, maka ia tidak dihukumkan sebagai berdosa dan perlu disertakan usaha untuk membersihkannya dengan segera.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 5

message user image