Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya mengenai umrah. Saya ingin membawa ayah pergi umrah. Yang mana saya tau dia tak mampu untuk berjalan ketika melakukan tawaf. Bolehkah sy tawaf bersama dengannya sambil menolak kerusi roda? Apakah tawaf saya tidak dikira jika saya menolak kerusi rodanya? Saya pernah hadiri kursus umrah. Penerangan yang diberi saya perlu mengulangi tawaf semula kerana tawaf saya tidak dikira disebabkan menolak ayah dengan kerusi roda. Mohon penielasan dr ustaz
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sah hukum tawaf tuan dan ayahnya dengan syarat tuan hendakah mengekalkan niat bahawa tuan pada ketika sedang melakukan ibadah tawaf dan saie serta memastikan semua rukun dan syarat dipenuhi.
Sekian, terima kasih.