BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum barang kemas milik ibu kandung (sudah meninggal dunia) , Dan barang kemas itu diberi pakai kepada ibu tiri oleh bapa kandung saya?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, barang kemas milik ibu kandung yang sudah meninggal dunia perlu dibahagikan mengikut hukum faraid setelah semua hutang si mati diselesaikan termasuklah wasiat sekiranya ada.

Jika barang kemas tersebut diberikan kepada ibu tiri oleh bapa tanpa izin atau persetujuan ahli waris yang berhak menerima harta pusaka si mati, maka pemberian tersebut tidak diharuskan. Hal ini kerana barang kemas tersebut adalah hak milik semua ahli waris yang berhak dan bapa tidak boleh menyerahkan barang kemas tersebut kepada sesiapa tanpa persetujuan mereka.

Namun, jika semua waris bersetuju untuk membenarkan ibu tiri memakai atau memiliki barang kemas tersebut, maka ia dibolehkan. Akan tetapi, jika ada waris yang tidak bersetuju, maka barang kemas tersebut perlu dibahagikan mengikut hukum faraid atau dijual dan hasilnya diagihkan mengikut kadar faraid.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 3

message user image