BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

 

Saya ingin bertanya apakah hukum kita menghantar anak belajar tuisyen di rumah seorang yang bukan Islam dan mempunyai anjing peliharaan di dalam rumah.

 

Terima kasih

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menyediakan pendidikan tambahan kepada anak-anak seperti tuisyen adalah perkara yang diharuskan dalam Islam terutama jika dapat membantu anak-anak untuk mendapatkan didikan daripada guru yang terbaik.

Namun, terdapat beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan dari sudut kebersihan tempat belajar dan interaksi anak-anak dengan haiwan tersebut. Ibu bapa disarankan memaklumkan kepada tenaga pengajar untuk mengawal dan memantau anak-anak sepanjang keberadaan di pusat tuisyen atau tersebut agar tidak bersentuhan secara langsung dengan anjing peliharaan guru berkenaan.

Sekiranya guru tersebut atau tuan rumah tidak mampu mengawal keadaan tersebut, adalah disarankan untuk mencari guru yang lain yang lebih sesuai bagi mengelakkan keraguan atau kebimbangan dalam soal kebersihan menurut syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 4

message user image