BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Apakah maksud ain najis.Jika air najis terkena kaki saya adakah batal solat saya? Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, najis terbahagi kepada dua iaitu najis aini (ain najis) dan najis hukmi. Imam An-Nawawi dalam Al-Majmu' Syarh Al-Muhadzzab menyatakan maksud bagi ain najis adalah:

هي التي تكون ذاتها نجسة، ولا يمكن تطهيرها، مثل دم، وخمر، وميتة

Maksudnya: Ia adalah sesuatu yang zatnya sendiri adalah najis dan tidak boleh disucikan seperti darah, arak, dan bangkai.

Adapun najis hukmi adalah kesan atau kotoran najis yang masih ada pada sesuatu objek yang boleh disucikan seperti dengan menggunakan air mutlak bagi menghilangkan ain najis yang terkena pada objek tersebut.

Sekiranya air najis terkena pada kaki ketika sedang solat, maka ia membatalkan solat akan tetapi tidak membatalkan wuduk. Solat perlu diulang setelah najis tersebut dicuci dengan sempurna.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 2

message user image