BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum.

Tempat kerja saya selalui dillalui oleh anjing-anjing, kadang-kadang ada anjing yang luka pada kaki. Saya pernah melihat kesan luka tersebut melekat pada lantai di tempat yang selalu saya lalui dan juga kesan darah yang basah pada lantai. Suatu hari, saya telah terpijak kesan seperti kecoklatan pada lantai yang kering. Saya berasa musykil sekiranya itu adalah bekas darah pada tapak kaki anjing. Semasa memijak bekas tersebut, tapak kasut saya kering dan bekas itu kering. Kemudian selepas itu, saya pergi ke tandas dan lantai itu basah. Kemudian saya berjalan ke tempat lain.  Apakah hukum dalam situasi ini? Untuk pengetahuan Tuan, kawasan lantai itu juga selalui di lalui oleh pekerja-pekerja lain dan pada masa yang sama anjing-anjing turut melalui malah tidur di tempat itu. Saya berasa risau sekiranya yang dipijak itu adalah bekas darah.

Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, darah anjing adalah najis. Namun sekiranya darah tersebut telah kering, ia tidak berpindah dan tidak menajiskan apa-apa benda yang juga kering, jika  bersentuhan dengannya. Sekiranya yakin tidak ada najis pada tapak kasut ketika melalui kawasan yang basah seperti tandas maka tidak perlu menganggap tempat tersebut sebagai bernajis.

Sesuatu itu dihukum najis sekiranya jelas kelihatan ainnya sama ada dari segi rasa, bau atau warna. Jika tidak pasti maka kembalilah kepada kaedah fiqh:

اليقين لا يزول بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak hilang dengan keraguan

Kaedah ini bermaksud sesuatu itu  adalah suci sehingga terdapat bukti yang jelas dan yakin tidak ragu-ragu dan was-was bahawa terdapat najis pada tempat tersebut melalui ainnya, sama ada dari segi rasa, bau atau warnanya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 2

message user image