BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Adakah apa-apa warna yang dilarang untuk mewarnakan rambut (tujuan suka suka)? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, terdapat hadis yang menjelaskan tentang larangan mewarnakan rambut dengan warna hitam sebagaimana diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah katanya: Abu Quhafah (bapa kepada Abu Bakar) telah memeluk Islam semasa pembukaan Kota Mekah, yang mana rambut dan janggutnya putih seperti bunga al-Thaghamah (الثغامة), lalu Baginda SAW bersabda:

‌غَيِّرُوا ‌هَذَا ‌بِشَيْءٍ، ‌وَاجْتَنِبُوا ‌السَّوَادَ

Maksudnya: Ubahlah warna uban rambutnya ini dengan sesuatu dan elakkanlah daripada warna hitam. 

(Riwayat Muslim)

Telah dinukilkan dalam kitab Fiqh al-Manhaji, diharamkan mewarnakan rambut dan janggut dengan warna hitam bagi lelaki dan perempuan. Adalah disyorkan untuk mewarnakan uban dan rambut bagi lelaki dan perempuan selain warna hitam iaitu dengan warna kekuningan atau kemerahan. Perkara ini juga perlu mengambil kira pewarna rambut yang halal, bukan najis, tidak menghalang air wuduk atau mandi wajib dan ia bukan bertujuan untuk ditunjukkan kepada orang yang bukan mahram. Bukan juga mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 2

message user image