BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustazah. Saya ingin bertanya. Setelah saya selesai mandi wajib baru tersadar jika ada sedikit tahi mata yang telah basah di hujung mata saya. Sebelum mandi wajib, saya memeriksa bahawa tiada tahi mata yg telah  tersisa. Namu setelah mandi, ada sedikit tahi mata yg telah basah pada hujung mata saya. Adakah sah mandi wajib saya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Jika dilihat kepada rukun bagi mandi wajib, seseorang itu hanya perlu untuk menghilangkan najis pada tubuh badannya sekiranya ada dan meratakan air ke seluruh badan dengan disertakan niat untuk mengangkat hadas. Maka wajib menghilangkan terlebih dahulu segala najis, bendasing atau kotoran yang dapat menghalang air dari sampai ke kulit.  Apabila seseorang itu memenuhi rukun-rukun mandi wajib maka sahlah mandi wajibnya dan tidak perlu untuk mengulanginya sekali lagi.

Merujuk kepada persoalan puan, mandi wajib yang puan lakukan itu sah dan tidak perlu untuk mengulanginya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 2

message user image