BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Jika saya menambah rakaat solat kerana terlupa rakaat namun saya tidak melakukan sujud sahwi. Dan saya juga was2 sama ada saya baca tahiyat awal. Adakah diterima ibadat saya? Hal ini kerana perkara ini banyak kali terjadi. Saya takut ibadat saya x diterima. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perkara pertama yang ingin dijelaskan dan perlu diambil penekanan adalah berkenaan penyakit was-was yang dialami. Penyakit ini sering menjadi masalah sehingga seolah-olah menjadi penghalang untuk melakukan semua tindakan. Justeru pelajarilah cara untuk menghindarinya dengan yakin dan istiqomah agar hati lebih tenang.

Berbalik kepada soalan puan, maka sujud sahwi dilakukan atas dasar kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa seperti menambah rakaat solat. Namun begitu, jika terlupa atau tertinggal melakukan sujud sahwi tidak menjejaskan kesahihan solat seseorang. Hal ini kerana hukum melakukan sujud sahwi adalah sunat sahaja. Di sisi mazhab Shafi'i bahawa tahiyat awal merupakan sunat ab'adh. Jika seseorang itu tertinggal tahiyat awal, maka ia tidaklah sampai membatalkan solat seseorang. 

Selain itu, sikap was-was yang datang kepada puan perlu segera dijauhkan agar solat yang dilakukan oleh puan lebih tenang setelah melaksanakannya. Terdapat banyak cara dan kaedah yang telah ulama letakkan bagi menangani masalah was-was dalam ibadah.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 2

message user image