BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt ustaz. Bolehkah solat jamak dilakukan di rumah tempat tinggal ( bukan musafir) dengan alasan kerana menghadapi masalah sering berhadas buang air kecil. Solat dikerjakan tanpa berwuduk lagi sekali untuk solat yang ke 2. terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Mengikut Panduan bersuci dan bersolat bagi pesakit yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): 

Pesakit yang menghidapi penyakit salas (keluar air kencing/darah istihadhah berterusan) atau yang seumpamanya boleh memilih melakukan salah satu daripada berikut: 
i. Solat fardhu pada setiap waktu (menurut mazhab Syafi'e). 
a) Sucikan diri daripada najis dan gunakan lampin atau seumpamanya pada tempat keluar najis. 
b) Setelah itu sucikan diri daripada hadath. Kedua-duanya mesti dilakukan setelah masuk waktu solat.

c) Segera tunaikan solat. Solat adalah sah dan tidak perlu diulang walau pun najis tetap keluar ketika sedang berwudhu dan solat. 
d) Satu wudhu` hanya boleh digunakan untuk satu solat fardhu sahaja dan seberapa banyak ibadah sunat yang lain.

ii. Melakukan jama’ ( himpun ) bagi solat-solat yang boleh dijama’kan ( menurut Mazhab Hanbali dan pandangan pilihan sebahagian ‘ulama Mazhab Syafi’e ).

a) Sucikan diri daripada najis dan hadath setelah masuk waktu solat dan kemudian solat. Solat adalah sah dan tidak perlu diulang.

b) Satu wudhu` boleh digunakan untuk lebih daripada satu solat fardhu dan seberapa banyak ibadah sunat yang lain selama waktu solat tersebut belum habis. Contohnya bersuci di dalam waktu Zohor, boleh ditunaikan solat fardhu Zohor dan Asar secara jama’ dan solat-solat fardhu yang diqadha` ( diganti ) jika ada, serta ibadah sunat yang lain selama waktu Zohor masih ada.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk di pautan berikut:

https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/panduan_bersuci_dan_bersolat_bagi_pesakit.pdf

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 2

message user image