BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya  

Persoalan saya adalah tentang keluarmye madzi bagi orang perempuan. Saya mengalami lintasan imej (lucah) yang agak kerap terutamanya ketika menunaik solat atau mebaca alquran. Saya bukan senaja untuk memikirkan atau membayangkannya. Ianya terlintas sendiridi fikiran saya. Saya akaui ini adalah disebabkan.dosa dosa saya yang lalu. Saya cuba untuk melawan nya hingga terkadang saya bercaka.sendiri out loud untuk imej itu berenti menganggu. 

1. Jadi soalan saya adakah perlu saya mandi wajib dan menukar pakaian saya setiap kali lintasan imej itu datang kerana takut ada madzi keluar bersama kerana lintasan bayangan itu. Ini mnyebabkan saya terkadang mandi dan menukar baju berkali kali pada satu hari kerana khuatir baju terkena najis madzi. Jika terlintas sahaja saya akan terus mandi dan menukar pakain baru.

2. Bagaimana untuk menghentikan bayangan itu. Solat saya jadi semakin cepat dan tidak fokus. Saya juga sudah tidak membaca alquran kerana takut imej itu datang lagi kerap dan takut saya berada dalam keadaan tidak suci untuk membaca al quran. 

Saya amat berharap agar mndapat pencerahan atas kesulitan ini. Saya tidak mahu pekara ini menjejaskan solat dan ibadah saya. Dan juga kehidupan seharian saya. Terima kasih banyak. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Hadis riwayat Saidina Ali Karramallahu Wajhah di mana beliau berkata:

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ - فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ


Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.”

Merujuk kepada persoalan puan,

1. Sekiranya dapat dipastikan cecair yang keluar melalui kemaluan itu air mazi, maka ia tetap bernajis dan perlu dibasuh. Namun tidak sampai kepada tahap perlu mandi wajib. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan membasuh sahaja kemaluan tersebut sehingga bersih sudah memadai. Manakala berkaitan pakaian sekiranya yakin telah keluar air mazi dan mengenai pakaian, maka hendaklah dibasuh tempat yang terkena air mazi tersebut sahaja. Tidak perlu menukar pakaian yang lain. 

Sehubungan itu, jika puan menghukumkan sesuatu adalah bernajis hanya sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci.

 2. Banyakkan berzikir dan beristighfar kepada Allah SWT bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 2

message user image