BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya mempunyai ibu tiri. Apakah batasan aurat suami dan ibu tiri saya? Adakah ibu tiri saya perlu memakai tudung dan sebagainya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, aurat antara ibu tiri dengan menantu tirinya adalah sama seperti aurat dengan lelaki bukan mahram. Hendaklah menutup kesemua auratnya kecuali muka dan tapak tangan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 242

message user image