BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

saya nak bertanya, apakah hukum dalam islam . saya seorang ibu tiri untuk susukan anak tiri yang baru lahir, mak kandungnya masih ada . tujuan untuk rapatkan hubungan . 

Adakah perlu atau tidak perlu ? 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, seorang ibu kandung berhak untuk menyusukan anaknya sendiri sehingga tempoh lengkap penyusuan. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 233:-

وَٱلۡوَ ٰ⁠لِدَ ٰ⁠تُ یُرۡضِعۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ حَوۡلَیۡنِ كَامِلَیۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن یُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ ۞

Maksudnya : Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.

Sekiranya ibu kandungnya tidak mampu untuk menyusukan bayinya, barulah dicarikan ibu susuan atau bayi itu disusukan menggunakan susu formula. Tidaklah menjadi kewajipan, tiada paksaan dan tiada halangan bagi puan untuk menyusukan anak tiri. Ia terpulang kepada puan sendiri sama ada ingin menyusukannya atau tidak. Anak tiri yang berlainan ibu tetapi berkongsi bapa yang sama adalah mahram kepada isteri-isteri bapanya dan adik-beradik sebapa mereka. Sebagaimana mahram disebabkan perkahwinan bapa dengan beberapa isteri, maka anak-anaknya juga menjadi mahram.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 91

message user image