BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya mohon pencerahan berkenaan rujuk,adakah sah rujuk sekiranya di dalam eddah yang sepatutnya sudah habis tapi dilanjutkan sebab wanita tersebut mengandung dari hasil dengan orang lain dan bukan bekas suami,rujuk dilakukan setelah kandungan 5bulan di pejabat agama kota tinggi Johor tanpa pengetahuan pejabat agama bahawa kandungan itu anak luar nikah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, sebaik sahaja pengesahan lafaz cerai diputuskan oleh Hakim Syarie di Mahkamah Syariah, maka bermulalah tempoh iddah sebagaimana perintah mahkamah. Justeru, rujuk adalah sah semasa dalam tempoh iddah tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau dakwaan lain sebagaimana kenyataan saudara, sila maklumkan semula kepada pihak Pejabat Agama Kota Tinggi, Johor untuk tindakan selanjutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 85

message user image