Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,Masalah Sy ialah,Sy telah berkahwin tanpa menggunakan wali yg sah.iaitu wali yg tidak diiktirafkan. Ketika pernikahan itu berlaku kami diberitahu bahawa itu adalah wali hakim.Baru2 ini Sy dan suami memohon di mahkamah utk prngesahan nikah.Mahkamah menajatuhkan perkahwinan kami tidak sah Dan difaraqkan.Soalan Sy apa status anak Sy skrg ,kami mempunyai 3 anak perempuan .Apakah anak Sy blh dinasabkan dgn ayahnya Dan adakah ayahnya blh mewalikan anak Sy.Terima kasih.
Jawapan
Status anak-anak tersebut adalah anak watie syubhah ( الوطء بشبهة ) bermaksud anak yang dilahirkan akibat persetubuhan yang berlaku bukan dalam perkahwinan yang sah akibat keraguan tertentu. Anak yang lahir daripada persetubuhan yang syubhah ini adalah dianggap sebagai anak sah taraf kepada bapa biologinya. Dia boleh dinasabkan kepada bapanya, maka dia juga adalah waris yang sah dalam hukum pusaka dan bab perwalian nikah, bapanya itu boleh menjadi wali kepada pernikahannya.
Sekian terima kasih