BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya baru berpindah ke KL pada awal Jun disebabkan terima tawaran kerja. Watan asli saya di Kedah. Saya ingin bernikah pada pertengahan Oktober di Kedah. Persoalan, bolehkah saya dikira sebagai musafir jika pulang ke rumah untuk majlis pernikahan tersebut? Saya berniat untuk tinggal lama di KL kerana saya akan bernikah dengan pasangan dari KL tetapi tidak menolak kemungkinan pulang ke kampung jika ada apa2 masalah kemudian hari. Mohon penjelasan ya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada situasi tersebut, oleh kerana saudari telah bemukim di KL, maka perjalanan pulang ke Kedah dikira sebagai musafir. Boleh solat jamak dan qasar sepanjang perjalanan pergi dan balik dari KL-Kedah-KL.

Memandangkan puan belum pasti untuk menetap selama-lamanya di KL, maka tempat mastautin puan kekal di Kedah. Oleh itu, ketika sampai di kampung di Kedah tersebut, puan tidak boleh mengerjakan solat jamak qasar sepanjang berada di kampung.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 77

message user image