BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ingin kepastian, saya ada mengambil anak angkat lelaki namun saya tak dapat nak menjadi ibu susuan kepada anak angkat saya.. Saya mempunyai seorang adik perempuan yg melahirkan anak jika saya minta adik perempuan saya menjadi ibu susuan kepads anak angkat saya adakah anak angkat saya menjadi mahram saya


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 7 Jun 2012, memutuskan; 

Jumhur fuqaha bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, maka bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak seperti berikut :

(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;

(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi;

(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ

Maksudnya: “Mereka yang haram dikahwini kerana keturunan, haram juga dikahwini dengan susuan.” (Riwayat al-Bukhari)

Sehubungan itu, merujuk kepada situasi yang puan nyatakan, secara tidak langsung anak tersebut akan menjadi mahram muabbad (selama-lamanya) dengan puan sebagai anak saudara susuan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 118

message user image