Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
As salam ustaz/ustazah...sy sudah mendirikan rumahtangga 16 thn...dan mempunyai sepasang cahaya mata..suami sy sangat bertanggungjawab kepada sy dan anak2..tp ada satu masalah yg sangat besar yang saya tidak tahu untuk mengadu dengan siapa kerana ini merupakan aib suami saya..suami sy selalu tinggal solat..puas saya nasihati tetapi dia tetap sama..alhamdulilah sy dan anak2 tetap lakukan solat walaupun ayahnya tidak..sy hantar anak2 sekolah yg berasas agama..yg sulong di sek men samtar.yang bongsu pula sekolah sriti..supaya mereka menitik beratkan bab2 solat ini..yang sy risaukan sekiranya nnti anak2 jadi malas solat gara2 melihat kelakuan ayahnya yang sering meninggalkan solat..apa perlu saya buat ustaz..bab lain suami semua ok.nafkah semua cukup diberi,dgn keluarga juga baik..cuma masalah solat saja..harap ustaz dpt bantu saya..
sekian terima kasih.
Jawapan
Antara hikmah Allah SWT mensyariatkan perkahwinan adalah untuk mancapai dan merealisasikan sikap berkasih sayang, tolong menolong, saling lengkap melengkapi dan bagi mendapat kebahagiaan samada di dunia dan akhirat. Ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah ar Rum ayat ke 12 :
Yang maksudnya : “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Selain itu, sikap saling memberi peringatan dan nasihat antara pasangan suami isteri adalah dituntut agar keharmonian hidup berkeluarga sentiasa terjaga dan yang penting teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan dengan cara yang hikmah, penuh toleransi dan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan bukan dengan cara memarahi pasangan masing-masing dengan penuh emosi dan keterlaluan, agar tidak menimbulkan keadaan yang tidak harmoni dan perbalahan yang makin kronik. Ia selari dengan firman Allah SWT dalam surah al Zariyat ayat 55 :
Maksud: “Dan tetaplah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman”.
Sekiranya teguran dan nasihat dengan cara yang baik puan telah laksanakan namun tiada juga perubahan, puan boleh juga menggunakan kaedah pihak ketiga untuk memberi nasihat kepada suami puan, asal sahaja pendekatan itu tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih besar. Doa dan munajat juga amat penting, kerana hati dan hidayah itu adalah milik Allah SWT yang mana kita sebagai hambaNya kena selalu dan istiqamah memohon dan berharap kepada Allah untuk melebutkan hati kita dan orang sekeliling kita serta membuka pintu hidayahNya kepada kita dan keluarga.
Sekian, terima kasih