Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum, saya nak tanya
baju/kain yang bernajis hukmi (sudah kering dan tiada kesan iaitu bau warna dan rasa selama tiga hari), dimasukkan ke dalam mesin basuh semi auto iaitu dimasukkan air dahulu sebelum pakaian
pakaian tersebut dimasukkan kemudian dengan pakaian suci yang lain
jadi di sini, adakah pakaian lain masih kekal suci atau tidak kecuali pakaian najis hukmi tersebut? adakah semua nya jadi muttanajis? tetapi di sini pakaian yang bernajis tersebut adalah najis hukmi
adakah hukumnya sama seperti tidak jadi bernajis iaitu kaki yang basah terpijak kawasan yang bernajis?
mohon penjelasan dan antara tarikh saya hantar dengan tuan mufti menjawab, macam mana hukum baju saya antara tarikh ini dan macam mana dengan hukum amalan seperti solat dan sebagainya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, dikemukakan beberapa syarat untuk mencuci pakaian bernajis hukmi dalam mesin basuh separa automatik:
Dengan mengikuti langkah ini, pakaian akan disucikan mengikut hukum syarak dan boleh digunakan seperti biasa serta pakaian yang lain turut suci.
Sehubungan itu, jika baju yang mempunyai najis hukmi tersebut dibasuh dengan cara yang betul semasa penggunaan mesin basuh separa automatik, maka pakaian yang bersama baju tersebut akan kekal suci. Ini kerana telah tiada najis pada baju tersebut. Ia hanya menjadikan air yang digunakan menjadi musta'mal dan bukan bernajis atau mutanajjis.
Manakala kaki yang basah memijak kawasan yang bernajis menjadikan kaki tersebut bernajis serta boleh menajiskan kawasan lain dan ia perlu disucikan. Ianya tidak sama seperti baju yang padanya terdapat najis hukmi dan tidak menajiskan yang lain.
Sekian, terima kasih.