BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya mendapat tahu terdapat suatu proses samak kulit haiwan yang menggunakan najis merpati dalam proses 'bating'. Jadi, saya ingin bertanya apakah hukum melakukan proses samak tersebut menggunakan najis burung merpati menurut semua mazhab ? Adakah ianya sah di sisi mazhab syafie dan boleh digunakan di Malaysia atau tidak ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, dalam Islam, menyamak kulit binatang adalah proses penyucian kulit binatang supaya ia menjadi suci dan boleh digunakan. 

Melalui Garis Panduan Penggunaan Kulit Dan Bulu Untuk Dijadikan pakaian Atau Barangan ada dinyatakan dibawah kaedah Samak / DiBagh Kulit Binatang di para ke - 3 :

" Tidak semestinya bahan yang digunakan itu terdiri daripada bahan yang suci, malahan tidak menjadi halangan menurut hukum syarak jika bahan yang digunakan untuk menyamak itu terdiri dari bahan yang najis seperti tahi burung merpati."

Walau bagaimanapun, di para ke-6 ada menyatakan bahawa:

" Kulit yang telah disamak perlu dibasuhkan dengan air mutlak untuk menghilangkan najis".

Sehubungan itu, tiada halangan sekiranya menggunakan najis burung merpati bagi melaksanakan proses samak kulit haiwan. Namun setelah selesai proses tersebut, kulit yang telah di samak dengan menggunakan najis burung tersebut hendaklah dibasuh dengan air mutlak sehingga hilang najis, bau, rasa dan warna.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 74

message user image