Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalam tuan/puan saya orang peniaga baju bundle online dah offline.
1. apakah hukum saya menjual di malaysia RM 25
tetapi di luar negara saya menjual seharga 25USD hal ini kerana setiap negara market value nya berbeza adakah ini dibolehkan ?
Jawapan
Menjual barangan dengan harga yang tinggi mengikut harga pasaran adalah diharuskan selagi tiada unsur gharar (penipuan).
Sekian, terima kasih.