BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Maaf soalan saya agak panjang.

Saya nak Tanya soalan berkenaan dengan satu keadaan yang keluarga saya alami .

Keluarga Saya punyai 5 orang ahli ustad .

Ibu Ayah Saya ,adik perempuan Dan adik Lelaki .

Ayah Saya sudah berbelas belas tahun tidak bersama ibu saya di satu rumah bersama adik-adik.dan Langsung tak beri kan kami nafkah apa sekali pon (makan , tempat tinggal ,pendidikan ,baju ,duit belanja ) Status ibu bapa Masih belum bercerai .Ibu saya pon bersabar harap ayah kembali baik suatu hari .

 

Ayah Saya ini selalu Ada masalah konflik sesama orang sekelilingnya , mempunyai ego yang tinggi , tidak solat ,malah sesama ibu Dan Ayah dia sendiri dimaki Dan dicaci .Sesama ibu bapa mertua nya pon dimaki Dan dicerca.

Sejak ditinggalkan oleh  ayah ,kami sekeluarga (ibu , saya Dan adik-adik semua ) tinggal bersama atok(ayah emak saya ).

Atok yang menjaga kebajikan kami semua .Bila ditanya ayah kenapa tidak beri nafkah .

Ayah balas "isteri anak-anak tidak duduk sekali sama saya , tak ikut cakap saya , saya tidak wajib bayar nafkah "

 

Ahkikatnya ustad ,sudah 4 Kali atok (ayah kepada ibu)sudah Cuber hantarkan ibu dan adik-adik saya kepada ayah tetapi selalu berkonflik saja .

Sepanjang konflik berbelas tahun nie saya tinggal di Selangor , ayah dimelaka , saya memang jaga komunikasi dengan ayah selalu .

Pernah saya meminta belikan baju raya ketika saya sedang belajar diuniversiti itu pon tak dibelikan .kadang beri saya 100 atau 50 untuk perbelanjaan , jumlah keseluruhan sepanjang kami berpisah ayah, ayah mungkin bagi saya tidak melebihi rm1000 untuk 15tahun ini .Namum saya sabar .

 

2019 ,Ketika saya di tahun kedua university, Ade satu penjualan harta datuk saya ( ayah kepada bapa saya ) dijual selepas kematiannya .Ayah Saya patut mendapat Dua bahagian daripada harta tersebut berbanding adik-adik perempuan yang lain .Namum ketika itu ,nenek kami (ibu kepada ayah Saya )ambil keputusan untuk berikan bahagian ayah kami kepada kami (saya , ibu , adik-adik saya ) tanpa pengetahuan ayah Saya untuk perbelanjaan pendidikan Dan rumah tangga .

Kini ayah pertikaikan balik harta dia dicuri oleh anak-anak nya sendiri Dan menuduh ibu saya bersubahat .

Nenek berikan bahagian harta itu atas alasan ayah kami biarkan kami begitu sahaja .

Namum ketika kami Dapat wang jualan harta itu bahagian ayah , saya beritahu ayah Dan minta izin pada tahun berikutnya ,Namum kini ayah enggan mengaku ,Dan kini minta balik Wang harta bahagian dia .

Kami Dan guna pakai untuk pendidikan saya Dan adik-adik termasuk makan minum kami semua .Wang itu sudah abis diguna pakai.Kini ayah ungkitkan isunya Dan meminta balik Wang tersebut 

Apakah hukumnya ustad ?

Belasan tahun (18 tahun mungkin )anak anak Dan isteria dibiar begitu tanpa diberi nafkah , bila kami mendapat bahagian hartanya tidak kami sebagai anak yang dihutangi nafkah boleh guna pakainya ?

 

Apa hak kami dibiar begitu sahaja ustad ?

Apakah tuntutan ayah saya kepada Wang nya adalah betul? Sedangakn kami dihutangi nafkah olehnya ?

Terima kasih

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang telah dibangkitkan.

1. Secara asasnya, seorang bapa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan asas anak-anaknya seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, dan pendidikan tanpa mengira sama ada mereka tinggal bersamanya atau tidak. Perbuatan mengabaikan nafkah atas alasan tidak tinggal bersama adalah bertentangan dengan prinsip Islam. Hal ini kerana, mengabaikan kewajipan ini tanpa alasan yang sah dianggap sebagai kegagalan dalam memenuhi tanggungjawab yang utama. 

2. Mengambil bahagian harta pusaka milik bapa boleh dihukumkan sebagai pampasan atas sebab tidak menunaikan nafkahnya. Namun begitu, ia sewajarnya dibawa berbincang bersama pihak bapa kerana harta itu adalah miliknya. Oleh kerana kecuaian nafkah anak ini masih berlaku, maka penyelesaian boleh diambil menerusi jalan perundangan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia yang telah menyediakan beberapa solusi bagi memberikan pengajaran kepada seorang suami atau bapa yang telah cuai atau culas dalam menyediakan nafkah anak-anak.

3. Tuntutan ayah terhadap harta pusaka arwah bapa kepada ayah yang telah diserahkan oleh isteri arwah (ibu kepada bapa) adalah tindakan yang tidak wajar kerana harta yang diserahkan tersebut adalah sebagai hutang nafkah yang tidak diserahkan secara sempurna sebagaimana dimaklumkan.

Oleh itu, tuan dinasihatkan agar mendapatkan pandangan serta nasihat daripada Jabatan Agama Islam berhubung perkara ini untuk tindakan lanjut atau membuat tuntutan secara adil melalui mahkamah syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 101

message user image