Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammua’laikum ustaz, nak tanya, dulu saya ada daftar ulangan SPM guna duit mak saya Rm 63 untuk bank in online untuk mendaftar SPM..kemudian saya beri duit saya Rm63 ibarat ganti duit itu pada dia..tapi skrg bila fikir bilik takut duit saya itu asalnya tidak berkat yg saya beri pada dia..iaitu duit gaji saya yg tidak amanah dalam pekerjaan takut jadi haram sebelum ini..
2. Sbb niat saya belajar juga nak dapatkan peluang pekerjaan yg halal dan ganti balik duit yg tidak amanah sebelum ini menjadi kpd duit halal dan ganti duit itu semula pada company, kadar jumlah yg sebelum2 ini yg saya pernah beri duit itu pada ibu saya secara tidak sah itu..
3. ada juga perbuatan saya sebelum ini bayar balik pada ibu saya seperti duit secara tidak sah (handphone, tablet, laptop dan lain-lain) jika saya sudah ganti bayar balik pada company dengan duit halal sebelum ini yg saya beri duit kpd ibu saya secara tidak sah, bolehkah ibu saya guna duit itu yg saya bayar sebelum ini secara tidak sah itu? Sama ada dalam bank atau alam maya yg dia sudah simpan duit saya yg sebelum ini?
Mohon penjelasan mufti terima kasih..
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa pada dasarnya harta yang diperoleh dengan cara haram atau tidak diiktiraf oleh syarak seperti hasil rompakan, jualan barang curi, perjudian, rasuah dan seumpamanya adalah dikategorikan sebagai harta haram. Ia tidak boleh digunakan untuk kepentingan diri sendiri mahupun ahli keluarga dan ia wajib dibersihkan sama ada dengan cara memulangkannya semula kepada pemilik harta tersebut, disalurkan untuk kepentingan orang awam atau diserahkan kepada baitulmal Majlis Agama Islam Negeri.
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
1. Sijil SPM tersebut tetap dikira halal.
2. Niat untuk mencari pekerjaan yang halal adalah niat yang murni dan perlu diusahakan sebaiknya.
3. Ibu tidak menanggung dosa atas bagaimana duit tersebut didapatkan dan duit itu adalah halal untuk ibu. Tanggungjawab untuk membersihkan semula wang tersebut adalah terletak pada individu yang terlibat. Justeru, individu yang terlibat hendaklah segera bertaubat dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Di samping itu, perlulah berusaha sebaiknya mencari dan memberi ibu wang dari sumber yang halal. Berikut adalah kaedah yang boleh dilakukan:
Sekian, Terima Kasih