BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanyakan berkenaan dengan status atau hukum sekiranya membeli baucer yang bernilai RM10 dengan harga RM5 sahaja. Jadi, dengan baucer yang bernilai RM10 tadi, saya boleh membeli barangan yang berharga RM10 padahal saya hanya perlu membayar RM5 sahaja untuk menukarkan kepada baucer yang bernilai RM10 tersebut. Jadi, saya tertanya-tanya adakah pertukaran RM5 kepada baucer bernilai RM10 itu dianggap sebagai amalan riba' kerana pertukaran yang tidak sama nilai. harap persoalan saya ini akan dijawab. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Baucar (voucher) adalah dokumen yg boleh ditukarkan dengan barang-barang atau perkhidmatan tertentu. Baucar tidak termasuk dalam kategori wang yang boleh diguna pakai pada semua keadaan, barang dan tempat. Penggunaan umum baucar adalah terhad kepada barangan atau kedai tertentu. 

Bagi menjawab soalan yang diajukan, membeli baucar yang nilainya RM10 dengan membayar RM5 tidak dikira riba. Ini kerana ia tidak cukup syarat sebagai wang. Pembelian baucar ibarat membeli barangan lain. Walaupun begitu, perlu lihat kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan berkaitan penggunaan baucar. Jika pihak pengeluar baucar menyatakan larangan jual beli baucar tersebut, maka baucar itu tidak boleh dijual beli.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 95

message user image