Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum membuat filler pada muke, iaitu kawasan bawah mata untuk menghilangkan lingkaran bawah mata yang gelap. Kadang2 kerana masalah tersebut orang selalu tegur saya tak cukup tidur atau nampak tua.
Jawapan
Pada asasnya Islam membenarkan apa sahaja bentuk rawatan dan juga prosedur bagi menutup segala cela dan aib pada diri seseorang selama mana ia tidak bertujuan untuk kecantikan yang mengubah kejadian dan ciptaan Allah SWT. Rawatan tersebut juga tidak berniat untuk mempamerkan kecantikan diri sebagai tontonan khalayak ramai.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, para ulama’ berbeza pandangan dalam soal kosmetik bergantung pada tujuannya.
Sekiranya rawatan tersebut bertujuan memperbaiki masalah fizikal (seperti kemalangan dan mengakibatkan cacat yang menimbulkan fitnah) atau mental (disebabkan hinaan orang sekeliling) para ulama’ membenarkannya dengan syarat rawatan tersebut selamat dan tidak berlebihan. Namun, jika rawatan ini dilakukan bagi tujuan sebaliknya, maka ia menjadi haram.
Syeikh Yusuf al-Qaradawi, misalnya, menegaskan bahawa:
Maksudnya: Islam tidak melarang perhiasan dan kecantikan pada asalnya, tetapi ia memperingatkan terhadap perubahan tetap dan kekal dalam ciptaan Allah tanpa keperluan syarak, serta melarang perasaan berbangga diri atau keinginan untuk menarik perhatian kepada diri sendiri, seperti mana seseorang melakukan prosedur semata-mata untuk keseronokan pandangan atau mengikut trend.
Sekian, terima kasih.