Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Pihak Mufti Selangor,
Saya Azman dan mempunyai persoalan berkaitan ekonomi /muamalat, iaitu berkenaan penggunaan WISE card.
Saya ada merujuk kepada dua link dibawah dimana kedua pendapat (yg dikeluarkan pada 2023) tersebut ada sedikit perbezaan. Satu pendapat tidak membenarkan manakala satu pendapat lagi menghukumkan harus. Tetapi kedua pendapat bersetuju bahawa segala transaksi, caj-caj yg dikenakan, adalah syariah compliance.
Cume bagi pendapat pertama (link 1) , menyatakan bahawa kad WISE ini ada menggunakan account J.P Morgan di negara2 luar. Maka kita tak boleh bersubahat dalam hal tersebut. Tetapi, pada pendapat saya ini adalah diluar kawalan kite. Apakah pandangan pihak Mufti berkenaan perkara ini?
Link yg dirujuk;
1. https://www.facebook.com/UstazAbdulAzizMN/posts/kad-wiselatar-belakangramai-orang-bertanyakan-hukum-menggunakan-kad-wise-wise-ca/715294607058666/
2. https://maktabahalbakri.com/1724-penggunaan-wise-card/
Terima Kasih Tuan/Puan
Azman
019-2255823 / azman.abk@gmail.com
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan dan setelah meneliti kedua-dua sumber yang dinyatakan, pandangan daripada Maktabah al-Bakri boleh diterima dan lebih menepati persoalan yang timbul iaitu penggunaan Wise Card dalam muamalat Islam. Secara asasnya apa-apa urusniaga adalah harus selagi mana tidak terdapat bukti bahawa penggunaan kad ini mengandungi unsur riba dan ketidak pastian (gharar).
Sekian, terima kasih