BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada sedikit persoalan,

1) Jika terdapat bangkai semut di baju ketika solat, adakah perlu dibasuh baju tersebut atau cukup sekadar buang sahaja semut itu?

2) Adakah batal wuduk jika terkena bangkai semut?

3) Sahkah solat jika sebelum solat, sudah dibuang bangkai semutnya, dan terus solat, tanpa mengulang wuduk dan mengganti pakaian?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

..الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, Ulama Mazhab Syafi‘i menyatakan bahawa bangkai haiwan yang tidak mengalir darahnya (seperti semut, lalat, dan serangga kecil lain) tidak dikira najis. Ini kerana haiwan ini kecil dan darahnya tidak mengalir keluar seperti haiwan besar.

Oleh itu,

1) Jika terdapat bangkai semut di baju semasa solat, buang semut tersebut, dan solat boleh diteruskan tanpa membasuh pakaian.

2) Tidak batal wuduk jika terkena bangkai semut.

3) Sah solat apabila telah dibuang bangkai semut sebelum menunaikan solat tanpa mengulang wuduk dan mengganti pakaian yang lain. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 68

message user image