BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,

Saya ada mengambil harta orang lain pada zaman jahil saya dulu, dan dah minta maaf. Tuan badan sudah memaafkan dan nasihatkan supaya saya sedekahkan amaun anggaran yang diambil kepada orang yang memerlukan. Dan sekarang saya pun ada hutang fidyah ganti puasa. Soalan saya, boleh ke saya sekalikan hutang fidyah dalam amaun bayaran yang perlu disedekahkan?

Contoh:

Amaun bayaran sedekah: RM100

Jumlah fidyah perlu dibayar: RM10

Total bayaran saya masih lagi RM100 sebab saya buat dua niat (sedekah+fidyah) dalam 1 jumlah. Boleh ke?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sedekah adalah perbuatan sunat. Ia boleh didefinisikan sebagai pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah SWT. Ia juga bermaksud pemberian seseorang kepada orang lain yang memerlukan seperti fakir miskin, sanak saudara mahupun untuk kepentingan fi sabilillah dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manakala hukum membayar fidyah adalah wajib.  Ia boleh didefinisikan sebagai bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang dengan sebab tertentu seperti tidak berpuasa pada bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tiba bulan Ramadhan tahun berikutnya. 

Merujuk kepada persoalan, dua perkara tersebut merupakan perkara yang berbeza dan perlu diasingkan niatnya. Namun begitu, bayaran fidyah dan sedekah yang hendak dilakukan boleh dibuat menggunakan sistem yang sama melalui bayaran secara atas talian di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau merujuk terus kaunter LZS. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 59

message user image