BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya mohon bertanya. Pada suatu malam semasa saya sedang tidur, isteri mengejutkan saya dan meminta saya melakukan taklik. Dalam keadaan mamai tersebut saya telah melafazkan "Sekiranya saya menghubungi perempuan x, maka jatuhlah taklik".

berlaku kemusykilan di sini kerana (1) Saya belum cukup sedar, dan (2) saya melafazkan taklik dan bukan cerai atau talak. 
 

mohon pendapat ustaz sebelum perkara ini dirujuk dengan lebih lanjut. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan:

1. Berdasarkan kenyataan yang tuan jelaskan di atas, lafaz taklik yang berbunyi :" Sekiranya saya menghubungi perempuan x, maka jatuhlah taklik ", dalam keadaan "mamai" maka talak tidak akan berlaku melainkan apabila suami memang betul-betul sedar dengan tindakan yang diambil olehnya. Oleh itu apabila seseorang suami berada dalam keadaan tidak sedar seperti tidur, gila, pitam ataupun separa sedar seperti berada dalam keadaan mamai ataupun sebagaimana yang dinyatakan di dalam soalan, maka talak tidak akan berlaku.

2. Yang kedua, lafaz "......maka jatuhlah taklik" adalah lafaz yang tidak jelas dan tidak sesuai dengan maksud talak, maka ia juga tidak menyebabkan talak jatuh atau taklik itu jatuh.

Walau bagaimanapun, tuan hendaklah merujuk perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan kadar segera supaya mendapat pengesahan yang lebih jelas daripada pihak yang berautoriti, kerana pengesahan lafaz cerai adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 101

message user image