BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Mohon pencerahan

Boleh atau tidak pihak Surau (Biro Kebajikan) meletak Tabung khas setiap kali ingin membuat program sama ada untuk Kariah setempat (Anak yatim, fakir & Miskin) atau pun program Ziarah Kasih luar kawasan (pondok Tahfiz, Warga Emas, lawatan sambil belajar dimasjid)

Mohon pencerahan ustaz, Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Firman Allah SWT dalam surah Al Taubah ayat 18

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا ٱللَّهَ ۖ فَعَسَىٰٓ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَن يَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُهْتَدِينَ 

Maksudnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Berdasarkan persoalan, tindakan meletakkan tabung khas kutipan dana bagi maksud melaksanakan aktiviti tertentu adalah dibenarkan selagimana ia mematuhi prosedur-prosedur kewangan yang berkuatkuasa ketika ini. Perlu diingatkan bahawa, perbelanjaan yang dibenarkan hanya berdasarkan kepada tujuan tabung tersebut diwujudkan dan ia tidak boleh sewenang-wenang dibelanjakan untuk selain tujuan tersebut. Jika ada lebihan dan ingin dibelanjakan selain dari tujuan asal maka ia perlu diumumkan kepada para jemaah, ia sebagai tanda hormat kepada para jemaah yang mungkin menyumbang dengan niat yang khusus berdasarkan tujuan tabung diwujudkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 73

message user image