BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan,

adakah orang yg mempunyai hutang solat bertahun lamanya boleh menunaikan solat sunat tahajjud, solat sunat witir?.  dalam msa yang sama masih terus menggantikan hutang solat yang tertinggal?.

Terima kasih.

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Solat merupakan tiang agama dan juga salah satu daripada rukun Islam. Telah diwajibkan kepada seluruh umat Islam untuk menunaikannya dan menjaganya dengan menjauhi sifat malas dan sambil lewa. Mereka yang mengingkari kewajipan solat boleh dihukumkan sebagai kafir. Manakala mereka yang malas menunaikan solat boleh dihukumkan sebagai fasiq dan pelaku maksiat.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, hukum menggantikan solat-solat fardu yang pernah ditinggalkan adalah wajib. Dalam pada itu, menurut pendapat muktamad dalam mazhab, melakukan solat sunat dalam keadaan masih ada solat fardu yang masih belum digantikan atau di qadha', solat sunat tersebut adalah sah dan mendapat pahala, tetapi mendapat dosa kerana belum menggantikan solat fardu yang ditinggalkan.

Seeloknya selesaikan terlebih dahulu solat fardu yang perlu diganti. Menunaikan yang wajib adalah lebih utama dan besar pahalanya. Sila rujuk:

https://www.muftiselangor.gov.my/2024/05/20/55-taudhih-al-hukmi-hukum-mendahulukan-solat-sunat-dari-qada-solat-fardu/

Jika mahu mendapatkan juga fadilat solat sunat tertentu, boleh digabungkan niat solat fardu qada' berserta dengan niat solat sunat yang lain. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh baca artikel Taudhih al-Hukmi pada pautan berikut:

https://www.muftiselangor.gov.my/2024/08/06/hukum-menggabungkan-niat-solat-sunat/

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 70

message user image