BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz

Saya hanya mohon jawapan dari segi hukum, dan tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa, jauh sekali untuk menimbulkan fitnah. Ianya hanya untuk keperluan info diri sendiri, keluarga dan sahabat handai.

Soalan saya ustaz seperti berikut:-

1. Sempena bulan kelahiran Rasulullah saw, banyak masjid dan suarau2 mengadakan qasidah, nasyid dan sepertinya didalam dewan solat. Perkara ini berserta kan dengan musik gendang dan nyanyian. Perkara begini memang dibolehkan atau diharuskan ke Ustaz?

Kerisauan saya alah ianya menyerupai kristian di gereja yg ada koir nyanyian dan hindu dikuil yang menggunakan gendang. 

Mohon maaf dan salam hormat


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Memperingati kelahiran Rasulullah SAW melalui alunan qasidah, selawat, nasyid dan sebagainya di dalam dewan solat adalah diharuskan selagi tidak mengganggu orang lain yang sedang beribadah. Namun jika alunan tersebut disertai dengan peralatan muzik, maka ia dilarang.  

Sila rujuk fatwa Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid atau Surau https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/26/hukum-perbuatan-zikir-sambil-memukul-gendang-atau-peralatan-muzik-lain-di-dalam-masjid-atau-surau/ 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 103

message user image