BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan,

Saya Sharifah. Saya berhajat utk meminta pertolongan daripada pihak Tuan sesungguhnya saya dan yg lain dah lama dlm kekeliruan.

Kami dlm ahli keluarga brketurunan Ahlul bait. Bab perkhawinan mmng mereka (keluarga) sgt2 pegang berbanding prkara lain (ini hakikatnya n ada yg sya nmpk). Jadinya yg selalu menjadi isu adalah pernikahan seorang Sharifah. 

Mereka sgt menitikberatkn hal ini sehingga ada yg mnyatakan bahawa seorang Sharifah tidak berkahwin pun TIDAK APA asalkan bkn dgn non syed. Daripada mengikut sunnah Rasulullah yg menggalakkan utk mendirikan masjid jika mampu dan bersedia (kira wajid lah kan). Majority kami Sharifah yg telah menjakau umur 30an ramai yg tidak brkahwin lagi disebabkan kenyataan-kenyataan yg diberi oleh seorang habib dari Indonesia.

Kami tidak mahu hidup dlm bnyk dosa kerana mmpunyai hubungan (non syed) dah brtahun-tahun semata menunggu restu dari ahli kluarga utk menghalalkan hubungan kami.

Ini kenyataan yg diberikan oleh keluarga kami. Jujur saya katakan saya terkejut apabila membacanya kerana kami tak pernah mendengar kenyaatan sebegini. Bila sampai bab perkhawinan, barulah mereka tentang habis-habisan dan sanggup memutuskan Silaturrahim. Sedih dan semakin keliru kami dibuatnya dengan kebenaran yg sebenar.

- HUKUM KAFA'AH SYARIFAH*/ ORANG AHWAL  KAWIN DENGAN SYARIFAH -

Berkata Al-Allamah Al-Imam Al-Habib Utsman Bin Abdullah Bin 'Aqil Bin Yahya ( Mufti Betawi ) dan beliau mengutip sebuah hadits Rasulullah SAW yaitu :

Ada 5 golongan orang yang terlambat dari Alloh SWT dan tidak mendapat syafa'atku di hari kiamat nanti :
 

1. Laki-laki yang *bukan Sayyid* menikahi Syarifah anak keturunanku berarti dia sengaja putuskan tali rahimku dengannya

2. Orang yang berani menikahkan mereka

3. Orang yang membiayai pernikahan itu

4. Orang yang senang dan suka hadir ( dalam pernikahan itu )

5. Orang yang menjadi saksi saat ijab qobul ( pernikahan itu )

Aku tidak ridho dan Alloh pun tidak ridho...

Jodoh hakikatnya adalah takdir mu'allaq yaitu takdir yang bisa dipilih mau halal atau haram. Dan pelanggar kafa'ah memilih jodoh secara haram.

Rasulullah SAW bersabda :

لا تحل على ذريتي تنكح ليست ذريتي فهو الزانى

"Tidak dihalalkan atas keturunanku ( Syarifah ) menikah kepada yang bukan dzuriyatku, maka ia berzina selamanya" ( Hadits dikeluarkan oleh Abi Abdillah Salman Al-Farisi )

Dalam hadits yang lain :

قال النبي صلى الله عليه وسلم : من خرج بلا نسب فهو كافر ومن دخل بلا سبب فهو كافر

"Siapa yang berlepas diri dari nasabnya maka ia kafir dan siapa yang memasukkan dirinya ( kepada nasab tersebut ) tanpa sebab maka ia kafir"

Sudah jelas bahwa menghadiri dan merestui pernikahan Syarifah dengan non Sayid dilarang. Tapi anehnya orang² zaman sekarang ini... mereka tidak menghadiri pernikahannya, tapi berbaikan dan menjalin silaturahmi dengan mereka. Apakah itu namanya bukan merestui??????

Untuk apa kita mau menyambung silaturahim kepada mereka kalau mereka sendiri sudah memutuskan silaturahim kepada Rasulullah SAW. Mereka sudah mencampakkan dan menghinakan nasabnya dengan mengingkari keutamaannya padahal nasab itu berasal dari Rasulullah SAW.

Ini kitab2 semuah

Berikut adalah Kitab-kitab Tentang Keutamaan Ahlul Bait & Hukum yang menegaskan Larangan Perkawinan Syarifah dengan Selain Sayyid:

Kitab2 rujukan tu mereka ambil didalam blog ini https://ahlulbaitrasulullah.blogspot.com/2020/09/kitab-kitab-keutamaan-ahlul-bait-dan.html
 

Mohon pencerahan daripada pihak Tuan agar ia dapat membantu kami para Sharifah. In Sha Allah 

Terima kasih Tuan. Assalamualaikum


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Permasalahan perkahwinan antara Syarifah dengan bukan Sayyid adalah masalah kafa'ah (كفاءة). Permasalahan kafa'ah berlaku perbezaan pandangan dalam kalangan fuqaha' adakah ia syarat sah nikah atau hanya syarat lazim. Mengikut pandangan jumhur dan juga yang muktamad dalam mazhab Syafi'i, kafa'ah adalah syarat lazim. Sah sahaja nikah seseorang walau tiada kafa'ah. Bahkan terdapat pandangan dalam kalangan sebahagian ulamak mazhab yang tidak menjadikan keturunan atau Syarifah sebagai salah satu elemen kafa'ah. Jadi, menghukum kafir atau penzina kepada Syarifah yang berkahwin dengan bukan Sayyid adalah tuduhan melampau dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.

Tidak dinafikan, memang terdapat sebahagian ulama terutama daripada kalangan faqih ahli bait yang berpandangan Syarifah tidak boleh bernikah dengan bukan Sayyid atas sebab tiada kafa'ah. Walaupun begitu, ia tetap diharuskan jika ditakuti berlaku zina antara kedua-duanya atau berlaku mafsadah. (lihat: Bughyah al-Mustarsyidin).

Adapun berkenaan hadis yang dibawa, keterangannya seperti berikut:

1.  "Ada 5 golongan orang yang terlambat dari Alloh SWT dan tidak mendapat syafa'atku di hari kiamat nanti: ... Laki-laki yang *bukan Sayyid* menikahi Syarifah anak keturunanku berarti dia sengaja putuskan tali rahimku dengannya..."

Hadis ini tidak dijumpai asalnya (لا أصل له). Tidak boleh berpegang dan berhujah dengan hadis ini kerana statusnya seperti hadis maudhu' (palsu). Matannya juga diragui.

2. Sabda Rasulullah SAW: (لا تحل على ذريتي تنكح ليست ذريتي فهو الزانى) "tidak dihalalkan atas keturunanku ( Syarifah ) menikah kepada yang bukan zuriatku, maka ia berzina selamanya".

Hadis ini juga tidak dijumpai asalnya (لا أصل له). Matannya juga diragui. Hadis ini tidak boleh dijadikan hujah.

3. Sabda Rasulullah SAW: (من خرج بلا نسب فهو كافر ومن دخل بلا سبب فهو كافر) ""Siapa yang berlepas diri dari nasabnya maka ia kafir dan siapa yang memasukkan dirinya ( kepada nasab tersebut ) tanpa sebab maka ia kafir".

Hadis ini ada diriwayatkan dengan lafaz berikut:

‌مَنِ ‌ادَّعَى ‌إِلَى ‌غَيْرِ ‌أَبِيهِ، وَهُوَ يَعْلَمُ، فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ

Maksudnya: Sesiapa yang mendakwa nasab dirinya kepada selain bapanya dan dia mengetahui, maka haram baginya untuk masuk ke syurga. (Riwayat al-Bukhari)

من انتسب إلى غير أبيه، أو تولى غير مواليه، فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين

Maksudnya: Sesiapa yang menisbahkan nasabnya kepada selain bapanya, atau memegang kuasa bukan pada tempatnya, maka laknat Allah SWTm para malaikat dan seluruh manusia ke atasnya. (Riwayat Ibnu Majah)

Hadis ini tiada kaitan dengan masalah kafa'ah. Hadis ini berkaitan dengan orang yang menipu nasab haram baginya syurga.

Kesimpulannya, pernikahan antara Syarifah dengan bukan Sayyid adalah sah walaupu tiada kafa'ah. Tidaklah berdosa bahkan tidak menjadi kafir atas sebab perkahwinan ini. Permasalahan pernikahan antara Syarifah dengan bukan Sayyid adalah masalah khilafiyyah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 138

message user image