Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz
Saya mengatasi masalah tentang penyebaran najis tahi cicak ustaz.
Ketika berada di ruang dapur rumah, kami memakai selipar kerana lantai dapur yang selalu basah
Semasa memakai selipar, saya memasuki bilik stor. Setelah keluar, saya berjalan spt biasa di dapur yg lantainya basah sedikit.
Saya baru teringat, dlm stor banyak tahi cicak. Saya takut untuk tengok bawah selipar yg saya pakai takut ada tahi cicak
Pertanyaan saya kepada ustaz
1. Sekiranya ada tahi cicak di bawah selipar yang saya pakai itu, adakah najis tahi cicak itu telah menyebar di seluruh lantai.
2. Bagaimana cara mencucikannya.
Mohon bantuan pencerahan seberapa segera daripada ustaz.
Semoga bantuan daripada ustaz dapat memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan ibadah.
Terima kasih ustaz.
Jawapan
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna, bau atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang warna, bau dan rasa.
Merujuk kepada persoalan tuan, Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Oleh itu,
1) Jika ianya adalah sekadar andaian berkaitan terdapatnya najis cicak pada tapak selipar, maka ianya tiada najis serta tidak berlaku sebaran najis keseluruh lantai rumah.
2) Tidak perlu cuci lantai tersebut kerana ianya kekal bersih dan suci.
Sekian, terima kasih.