BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya nak bertanya satu soalan. Saya ada parut jerawat yang buruk di muka saya. Persoalannye, selepas sy mengambil wuduk, boleh tak sy memakai concealer untuk memudarkan parut sy (untuk sementara) semasa dalam ihram (umrah)? Sy sangat malu. Niat sy hanya ingin menutup aib di muka sy sahaja. Boleh ke?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Seseorang yang telah berada di dalam ihram, hendaklah menjaga pantang larang yang telah ditetapkan oleh syarak. Sekiranya larangan-larangan itu dilanggar, maka individu tersebut akan dikenakan dam mengikut jenis larangan yang telah dilakukan olehnya. 

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, memakai bedak, dan celak yang bertujuan untuk berhias hukumnya adalah dilarang. Imam an-Nawawi ada menyebut dalam kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab bahawa: “ Seseorang yang sedang melaksanakan ihram dilarang menggunakan wangian di tubuhnya, tidak boleh memakan wangian, bercelak dengan wangian dan tidak boleh meminta dipakaikan minyak wangi. Seorang yang sedang melaksanakan ihram juga tidak boleh disuntik dengan sesuatu yang bersifat wangi. Jika salah satu dari semua itu dilakukan, maka ia wajib dikenakan bayaran fidyah. Sebab jika digunakan di baju saja wajib fidyah, apatah lagi jika digunakan dibadan.”

Justeru, jika pakai bedak dan celak yang ada wangian, maka haram hukumnya kerana telah melakukan pantang larang dalam ihram. Begitu juga jika memakai concealer pada muka, ianya juga dianggap ke arah kecantikan. Oleh yang demikian, dicadangkan sebaiknya tidak memakai sebarang produk kecantikan semasa di dalam ihram untuk menjaga pantang larang semasa dalam ihram.

.والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 115

message user image