Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum.............
saya ada soalan
adakah lumba kereta dikira pekara sunnah seperti lumba kuda yang dibuat pada zaman nabi muhammad SAW
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, memang benar terdapat hadis atau riwayat mengenai galakkan Nabi SAW akan sukan tertentu antaranya adalah perlumbaan kuda yang disebutkan Rasulullah SAW secara jelas. Namun, jika diteliti bahawa lumba kereta yang ditanya oleh tuan bukan dari sukan yang dianjurkan oleh Nabi SAW dan tidak dianggap sebagai Sunnah. Namun begitu, jika lumba kereta ini ingin disamakan atau diqiyaskan dengan perlumbaan kuda atas dasar keharusannya maka perlu diteliti dahulu dari segi ciri-ciri keduanya. Di dalam sukan berkuda terdapat kebaikan yang diperoleh bagi mereka yang mendalami ilmu berkaitan kuda berbeza dengan perlumbaan kerata. Disebutkan dalam hadis daripada ‘Urwah bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Kuda yang tersimpul pada ubun-ubunnya segala kebaikan sehingga hari Kiamat. (Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadith di atas, ia menunjukkan akan kelebihan yang terdapat pada seekor kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah SWT.
Kesimpulannya, perlumbaan kereta ini tidak boleh dikatakan sebagai Sunnah Nabi SAW yang merangkumi pertuturan, perbuatan atau pengakuan yang dinisbahkan kepada Nabi SAW. Namun, ianya boleh dilakukan atas dasar keharusan menganjurkan pertandingan atau perlumbaan yang membawa manfaat dan kebaikan kepada umat Islam.
Sekian, terima kasih