Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya bernikah di luar negara tanpa restu wali 6 tahun lepas. Lelaki itu tidak memahami bahasa negara tersebut, dan semasa proses akad, lafaz yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut tidak jelas, tetapi saksi daripada negara luar mengatakan sah. Dokumen drpd luar negara telah hilang dan saya tidak lagi pergi ke sana. Sepanjang perkahwinan, lelaki tersebut tidak menjalankan tanggungjawab, tidak solat dan menggauli saya dengan cara salah. 5 tahun lepas, lelaki tersebut telah melafazkan "aku lepaskan engkau dan kita berpisah cara baik" . Sejak daripada itu, kami putus hubungan. Soalan saya,
Adakah perkahwinan itu sah?
Lafaz berpisah dikira talak? Kerana ada saya baca dengan niat berpisah, jatuh la talak.
Bolehkah saya berkahwin lagi?
Jawapan
Berdasarkan kenyataan puan, sebaiknya perkara ini diusulkan terus kepada pihak yang sepatutnya iaitu Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal. Sehubungan itu, mohon puan bawa dokumen perkahwinan yang dilakukan di luar negara tersebut untuk pengesahan sama ada pernikahan itu sah atau tidak dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengannya. Kelewatan puan membuat pengesahan dan pendaftaran pernikahan yang dilakukan di luar negara akan menambah lagi kesulitan bagi urusan seterusnya akan datang. Justeru, ia perlu diselesaikan segera lebih-lebih berkaitan hukum hakam perkahwinan dalam Islam.
Sekian, terima kasih.