Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
saya ada seorang bapa saudara lelaki bujang tua 85 tahun, tinggal seorang di kampung dan uzur. adik beradik pak saudara semua telah meninggal. yang ada anak2 saudara sehaja
untuk makluman...adik beradik pak saudara ada 3 orang. 2 perempuan dan 1 lelaki...
2 perempuan tu ada 5 anak ..3 lelaki dan 2 permpuan dan semua telah berkahwin
1 lelaki tu ada 3 anak..2 perempuan dan satu lelaki dan semua telah berkahwin
soalan saya tuan, siapa kah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga pak saudara yang telah uzur antara anak2 saudara yang ada.
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.
Tanggungjawab menjaga bapa saudara yang uzur biasanya terletak kepada anak saudara terdekat dari segi hubungan kekeluargaan dan kemampuan untuk memberikan penjagaan yang baik. Dalam konteks Islam, tanggungjawab menjaga ahli keluarga yang uzur juga merupakan satu bentuk amal kebaikan yang sangat dianjurkan.
Secara umum, anak saudara lelaki lebih diutamakan untuk mengambil tanggungjawab menjaga bapa saudara yang uzur. Memandangkan kesemua anak saudara telah berkahwin, maka tanggungjawab menjaga juga boleh dibahagi secara kolektif, bergantung kepada siapa yang lebih berkemampuan dari segi masa, kewangan, dan kemampuan fizikal untuk menjaga bapa saudara tersebut.
Di samping itu, kami menasihatkan agar diadakan perbincangan untuk mendapatkan kata putus yang dipersetujui bersama. Apa yang penting ialah sikap tanggungjawab bersama dan menjaga bapa saudara ini dengan penuh keikhlasan dan belas kasihan, sesuai dengan ajaran Islam.
Sekian, terima kasih.