Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
1. Suami sy sudah berhenti kerja.
2. Kini tinggal di rumah mertua. Di sini sy akan melakukan kerja rumah. Memasak dan sbgainya. Suasana di rumah mertua tdak berapa harmaoni sesama ahli keluarga.
3. Sumber pendapatan sy mnjual kuih. Dan selebihnya ditanggung mertua.
4. Mertua menyuruh suami sambung bljr slme 9 bulan.
5. Sepanjang tempoh itu, sy bekerja dan mertua pn akan tampung perbelanjaan.
6. Saya sbg isteri rasa tertekan, sy ade masalah darah tinggi. Sy terasa tertekan kerana sy tdk boleh mghalang sbrg keputusan. Sy memerlukan sokongan dr suami. Tapi suami sy sndiri tidak boleh mnyatakan pendirian di hadapn kedua ibu bapanya. Sy terasa amat tertekan. Dan sangat menganggu emosi dan kesihatan sy saat ini.
7. Sy mmpunyai anak 4 org.. berumur 5,6,7 & 10 tahun.
8. Soalan sy, adakah wajar apa yg dilakukan oleh mertua sy dan suami sy. Sy sudah mnyatakan pendirian sy sbg isteri tdak mahu bliau sambung blajar. Hanya bekerja mncari nafkah utk kami. Utk makluman beliau memiliki degree engineering.
9. Sy ade ibu sy shaja.. ayah sy sudah meninggal. Ahli keluarga sebelah sy sgt menyayangi dan mengambil berat kpd sy.
Jawapan
Antara hikmah Allah SWT mensyariatkan perkahwinan adalah supaya suami dan isteri saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, serta masing-masing berperanan dalam menentukan hala tuju perjalanan rumahtangga yang dibina itu. Tanggapan bahawa isteri hanya bertugas mengurus suami dan anak-anak dan urusan besar seperti keputusan dalam kehidupan berumah tangga dan sebagainya diputuskan suami tanpa merujuk isteri adalah suatu tindakan yang kurang sesuai dengan konsep kehidupan berumahtangga. Isteri sewajarnya diraikan dan dilibatkan dalam membincangkan sebarang keputusan atau perancangan dalam hal ehwal rumahtangganya. Sekiranya isteri tidak dilibatkan dalam sebarang keputusan yang diambil, pasti akan membawa kepada salah faham, rasa tidak puas hati dan perasaan isteri yang terganggu. Ini kerana antara hak isteri yang suami mesti laksanakan adalah bergaul dan berkomunikasi dengan cara yang baik. Maksudnya suami hendaklah menjaga perasaan isterinya seperti menjaga lidah daripada menuduhnya dengan keaiban-keaiban yang dibencinya. Selain itu, suami tidak boleh menyebut kebaikan atau kecantikan wanita lain di hadapannya bagi maksud memarahinya. Suami juga hendaklah memelihara rahsia isteri khasnya berkaitan seksual, bertingkah laku baik dan memanggil isteri dengan penuh penghormatan seperti panggilan nama atau gelaran yang baik. Para suami juga dilarang menyakiti dengan memukul isteri.
Selain itu, urusan nafkah juga adalah tanggungjawab suami kepada isteri dan merupakan hak isteri. Sebarang keputusan untuk menggugurkan hak nafkah - dengan menyuruh isteri bekerja serta suami sambung belajar tanpa memberi nafkah - mestilah mendapat persetujuan isteri itu sendiri dan bukannya mertua (ibu bapa kepada suami).
Sekian, terima kasih